Sabtu, 30 Januari 2010

Wasiat untuk Kaum Hawa

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang
solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau
sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah
anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau
jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan
dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang
bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh
ke hati, maka lahirnya senyuman maka
tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan
pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang
menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki
yang soleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai
wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta
kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak
menginginkan pertemuan dengan wanita yang
bukan muhrimnya kerana dia takut memberi
kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah
pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah
perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai
ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan
menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta
daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat
kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta
adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan
dirimu.

Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana
kau akan memperolehi cinta daripada insan yang
juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa
cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang
dunia juga yang mengoncang iman lelaki

Rabu, 20 Januari 2010

Pendidik mesti ada konsep TAKWA

TAKWA bermaksud :
"Taat jangan melakukan maksiat,
Ingat jangan lupa, dan
Syukur jangan kufur."

Ahad, 17 Januari 2010

Lirik nasyid~Doa Seorang Kekasih~

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Sabtu, 16 Januari 2010

Hisab Mukmin

Seorang mukmin yang meyakini pengawasan Allah setiap saat akan terdorong untuk selalu menjaga diri daripada dosa. Dan jika terjatuh juga dalam dosa kerana sifat kemanusiannya, maka dia akan mengikutinya dengan istighfar, penyesalan dan azam untuk tidak mengulanginya lagi. Orang seperti ini akan melalui hisab dengan mudah sebagaimana firman Allah, yang bermaksud: "Adapun org yg diberikan kitabnya dari seblah kanannya, maka dia akan diperiksa (hisab) dengan pemeriksaan yang mudah."(Surah al-Inshiqaq 84:7-8)
Hisab tersebut akan dilakukan secara peribadi, atau najwa. Hal tersebut dijelaskan oleh Rasulullah saw dengan menceritakan bagaimana Allah swt mendekatkan hamba berkenaan lalu menutupinya dengan hijab agar tidak ada yang mendengar perbincangan yang akan terjadi antara dirinya dengan Allah swt.